
"Kadang² berkelah pon seronok jugak..."
Terdetik dalam hati ku...
Untuk entri kali ini aku nak menceritakan mengenai bestnyer berkelah...!
Disuatu pagi yang indah aku pon bersiap nak pegi berkelah dipinggi ibu kota..Turut serta, kawan2 aku yang same2 nak join aku berkelah...
"Ala..hujung minggu..ape ade hal.."
kita enjoy la puas2...jangan ada sapa nak kacau...heheheheheh
Pagi tu,aku bangun solat subuh....lepas tu aku pon bersiap2 nak ke tempat aku dan kawan2 ku berkumpul...lepas sahaja siap..aku berjumpa dengan mak aku..
"Mintak izin mak..budin (nama panggilan)..pegi dulu yer.."
aku tatap wajah mak aku...aku salam dan cium tangan mak aku...
"Pegi tu elok2...jangan nak sronok sangat...jaga tingkah laku"
Pesan mak aku...
macam ni la sifat ibu kita...sentiasa nak yg terbaik utk kita...
"Ayah dah pegi masjid ke mak?"
"Aah...awal lagi dia pegi..pagi ni ade orang buat Qiamulail.."
"Kirim salam ayah yer mak..."balas aku....
Aku pon pergi meniggalkan mak aku..utk ke tempat berkumpul...
maka, berluncurlah Proton Persona 1.6 WSL ****.......Sampai je ke tempat berkumpul..semua orang telah menuggu ku...
Air Terjun Sg Chilling
Sampai jer kat kawasan perkelahan...kami telah bersiap² utk buat barbeque...wahhhhh..teruja nya....apabila makanan telah terhidang,ape lagi???...makaaannnnnnnnnn!!
Bllllurrrrppppp!..Alhamdulillah..kenyang sungguh....Sedap ayam panggang td...dimakan pula dgn Mihun goreng..cili sos...HmmmMMmmM...sungguh menikam kalbu......
Mandi-Manda
Selepas tu kami buat keputusan untuk mandi plak...wahhh...ini part paling teruja..selepas mandi2...terasa penat plak badan ni..Penat + Kenyang...korang pikir la ape yang patut aku buat?...aku pon cari la port...elok je aku melabuhkan punggung kat atas batu tu.....tiba2.....
Kecemasan..!..hah.!! ape yang berlaku??
tiba²....
"balikkkkkk....balikkkkkkkk...balikkkk" kata Amin....
"Wei..apsal??.."tanya aku...
"kau tak nampak ke dah gelap tu...jom balik...nanti kepala air turun".....
aku bergegas siap..cepat2 kemas...trus menghidupkan enjin kereta....sambil tu aku periksa handphone aku...
"huhhh...dah habis rupanya bateri handphone aku..."
kemudian aku dan rakan² pon pulang....dengan selamat...tetapi..masih terngiang-ngiang teriakan amin...seolah-olah macam lah bahaya sangat....(aku tertawa berseorangan...)
Setiba dirumah..!
"Eh,apsal ramai ni??kenapa kereta abang2 dan kakak aku ade dekat rumah???"
bisik hati ku....
Apsal kau off handphone kau???...buang je la handphone kau!!!!"
Teriak abang sulung ku...
"Apsal pulak ni???..ape dah jadi"
"Kau masuk la kerumah dulu" jawab abang aku sambil menekup kepalanya.....
"MAKKKKKKKKK!!!!!!!" Jerit aku.....
Kenapa ni??....belum puas aku menatap wajah mak...macam mana boleh jadi macam ni,aku tak nak tau...tapi kenapa ini terjadi????
"Ya Allah...ampunilah dosa² ibu ku..Engkau sayangi lah dia seperti mana dia menyayangi aku sewaktu aku masih kecil.."doaku ditepi jasab mak aku yang tidak bergerak lagi.....
aku tak dapat mengawal tahap kesedihan aku...keluar semua airmata aku yang selama ini agak sukar hendak dia curahkan...ibu ku pergi meniggalkan ku sendiri....Aku merenung jauh,..bagaimana hidup ku selepas ini tanpa ibu...
Biasanya setiap pagi isnin, mak akan menyiapkan sarapan untuk aku balik ke Rembau (tempat aku bekerja)....kini?sudah tidak lagi aku rasai sarapan dan lambaian seorang ibu yang melambai anaknya setiap pagi isnin dengan penuh keredhaan....
Mak!..maafkan budin...mintak maaf sangat2...ampunkan dosa² yang aku telah lakukan....
Ya Allah..Ampunilah kedua orang tua ku..Engkau sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangi aku sewaktu aku masih kecil...dan kau ampunilah semua umah islam......
Tiba²!!!
"Weiiiii!!....bangun la..lame btol ko tidur kat sini".....pekik amin..
aku terjaga...masih diatas batu...kawan2 ku panggil untuk pulang...
ASTAGFIRULLAHALAZIM....bermimpi rupanya aku....tapi,macam mana dengan mak aku kat rumah???.....handphone plak dalam kereta....
Lalu dengan pantas aku mengemas...kawan2 pon pelik...aku sangat cpt mengemas...nak sangat balik awal....sampai je kat kereta..perkara pertama aku cari ialah handphone...ALAMAK!!!...bateri handphone habes......
Benar terjadi ke mimpi aku tadi????....lalu aku pinjam handphone faizal....dail no phone mak aku...tapi tak dapat!!!!!!!....aku makin cemas!!....
Setibanya dirumah...
Setibanya aku dirumah....aku lihat rumah terkunci rapat....hmmmm...mane orang sume??..biasa hari ahad adik beradik aku akan berkumpul...tapi kali ni tiada orang pulak...hmmmmm....
masuk je dirumah,aku terus mendapatkan charger handphone....aku call mak,tapi tak dapat....aku terus call ayah...dapat..Alhamdulillah....
"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam w.b.t" jawab ayah....
"Ayah kat mane ni???"
"Ayah dekat rumah abang ko ni...dengan mak..saje2 jalan..tingal la kau kat rumah...ayah call tadi tak dapat pulak"....jawab ayah
"fuhhhhhhhhh.....hp budin bateri habes.."lega rasanya.....
Pembaca² sekalian....
bayangkan kalau ianya terjadi betul²...dan ianya terjadi pada pembaca² sekalian.....tak sempat kita menatap puas2 wajah ibu atau bapa kita..pasti sedih kan????....
macam tu la juga saya.....hujung minggu ni nak balik...nak jumpa mak dan ayah!!!!....RINDU!!!
Renung²kan...sementara masih sempat...!
Pada yang dah tak sempat...Doakan lah mereka...sesungguhnya salah 1 perkara yang dibawa ke barzakh ialah doa anak yang soleh/solehah....bantu lah mereka...doakan kesejahteraan mereka...sayangi lah mereka..seburuk2 ibu bapa kita...dia tetap ibu bapa kita....RENUNG-RENUNGKAN....!!!!
Selingan......ibuuuuu!!
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian
Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan
Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati
Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu
Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu
Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu
Ibu...
Tanaya aku kepada seorang pelajar....
"Penat la sir..kami tak tidur langsung kerana hendak menyiapkan tugasan.."
"tak tidur langsung??..macam ni pon awak boleh hidup lagi ke?"
Ini ialah potongan perbualan semasa aku dalam kelas...Entri kali ni,aku nak cerita pasal tidur boleh membuatkan kita cemerlang..(tapi bukan tido dalam kelas..)hehehe...
ANTARA idea paling bodoh di atas muka bumi ini ialah tidur lewat (lagi bodoh kalau tak tidur)kononnya untuk membereskan kerja atau bagi membolehkan lebih banyak urusan dapat diselesaikan.
Apa tidaknya… dengan tidur lewat anda sebenarnya sedang menempa banyak penyakit. Dengan tidur lewat anda seolah-olah sedang ‘mendera diri’ anda sendiri. Badan fizikal dan mental anda tidak diizinkan mendapat kerehatan sewajarnya.
TIDUR LEWAT... Anda sebenarnya sedang mendera diri anda dengan tidur lewat.
Dengan tidur lewat juga menyebabkan anda mungkin bangun lewat dan tertinggal sembahyang Subuh. Bangun lewat bermakna anda terlepas waktu berkat memulakan mencari rezeki pada awal pagi. Jika pun anda mampu bangun awal, badan fizikal dan mental anda sebenarnya sedang keletihan.
Badan yang letih akibat tidak cukup tidur menyebabkan anda tidak produktif serta ‘kering idea’ sepanjang hari serta tidak mampu berfikir dengan lancar, tenang serta cergas.
Lebih tidak bijak ialah apabila anda terpaksa tidur pada siang hari disebabkan keletihan dan tidak cukup tidur kerana tidur lewat pada sebelah malam atau awal pagi.
Dengan tidur lewat juga anda mungkin tidak mampu bangun pada dua pertiga malam untuk melakukan ibadat malam (qiamulail). Ini satu kerugian bagi mereka yang memahami hakikatnya.
Adakah anda sudah cukup tidur?
Tidur adalah rehat yang paling penting. Ia adalah satu fenomena yang diciptakan oleh tuhan supaya badan dapat dicas semula dengan tenaga. Badan umpama telefon bimbit, semakin kerap menggunakannya,semakin kerap ianya perlu dicas.
Kenapa mesti tidur?
Kekurangan tidur menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan bagi memanfaatkan karborhidrat didalam badan dan mewujudkan keadaan yang seakan-akan penyakit KENCING MANIS!!
Sekiranya berlaku, badan anda akan merasa lemah dan tidak bermaya..Sanggupkah anda membiarkan hidup anda menjadi begini semata-mata tidak tidur??..
Perkongsian Cerita
Ape yang ditakutkan di INDIA??
Semasa menjadi duta Amerika Syarikat di India pada tahun 60-an, John Genneth Galbraith sangat resah apabila berlaku konflik antara China dan India sehingga hampir-hampir mencetuskan peperangan...Namun ada seperkara lagi yang meresahkan beliau ialah para diplomat dan tenteranya membuat keputusan tanpa cukup tidur..
5 Sahaja!
Kisah yang menarik ini telah diceritakan oleh seorang pakcik kepada saya. Ia merupakan sebuah analogi terhadap apa yang kita lakukan hari-hari.
Di sebuah kawasan peranginan, tinggal sepasang suami isteri yang kaya. Rumah mereka besar merangkumi taman dan kebun. Dalam kebun tersebut pula terdapat kolam. Suami isteri tersebut tinggal bersama anak perempuannya yang baru berusia 4 tahun.
Pada suatu hari, orang gajinya berhenti kerja. Terus sahaja si suami mencari pengganti orang gaji pada hari tersebut juga.
Terjumpalah dia dengan seorang lelaki bernama Mustar(bukan nama sebenar)
“Tuan ingin bekerja sebagai orang gaji saya?” soal si suami.
“Ya, tapi kalau boleh saya ingin tahu terlebih dahulu kerja apa yang bakal saya buat nanti?” balas Mustar.
Tugas kamu hanya 5 sahaja
“Kerja kamu tidak banyak. Hanya lima perkara sahaja iaitu:
1) Jaga rumah
2) Jaga kebun
3) Basuh kereta
4) Bayar bil air, bil elektrik dan bil telefon
5) Jadi pemandu kereta saya
Sejak hari itu, Mustar bekerja dengan pasangan kaya itu. Semua kerjanya dilakukan dengan cermat dan baik sekali.
Pada suatu hari, pasangan suami isteri itu keluar bersiar-siar. Anak perempuan mereka yang masih tidur ketika itu ditinggalkan di rumah. Ketika itu, Mustar berada di kebun, membersihkan daun-daun kering yang berguguran.
Tidak berapa lama kemudian, anak perempuan lelaki tersebut terjaga dari tidurnya. Melihatkan ketiadaan orang tuanya di rumah, dia pun bermain dan bermain. Dari dalam rumah dia bermain, dia menuju ke halaman rumah pula.
Mustar hanya memerhatikan sahaja gelagat si anak perempuan tersebut.
Dari halaman rumah, si anak perempuan itu menuju pula ke kebun. Dan Mustar hanya memerhatikan sahaja sambil melakukan kerjanya.
Semakin lama semakin dekat si anak perempuan tersebut dengan kolam. Mustar masih lagi memerhatikan dari jauh tanpa memberi sebarang amaran.
“Ah, ini tidak termasuk dalam senarai kerja aku!” getus Mustar dalam hati. Mustar pun beredar dari situ dan pergi ke sudut kebun lain yang perlu dibersihkannya.
Tanpa disedari Mustar, anak perempuan si kaya tersebut terjatuh dalam kolam dan lemas.
Apabila pasangan suami isteri kaya itu pulang ke rumah, mereka terkejut melihat anak mereka hilang. Dicarinya di halaman rumah juga tiada. Si suami pun memanggil Mustar dan bertanya samada Mustar nampak anaknya atau tidak.
“Tadi saya nampak dia bermain di tepi kolam sana,” jawab Mustar.
Si suami bergegas ke kolam tersebut dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat anak perempuan sudah kejang kaku di dalam kolam tersebut.
“Kamu nampak anak saya bermain di tepi kolam tadi?”
“Ya, nampak,” ringkas jawab Mustar.
“Kenapa kamu tidak larang anak saya daripada main di tepi kolam?” tanya si suami kepada Mustar dengan nada sedikit marah.
“Tuan, kerja saya hanya ada 5 sahaja iaitu:
1) Jaga rumah
2) Jaga kebun
3) Basuh kereta
4) Bayar bil air, bil elektrik dan bil telefon
5) Jadi pemandu kereta saya
Tidak pula tuan menyuruh saya menjaga anak tuan,” jawab Mustar.
Kesimpulan
Agak-agak saudara pembaca semua, bolehkah jawapan yang diberikan Mustar memuaskan hati orang kaya tersebut?
Kisah ini hanyalah analogi terhadap apa yang kita lakukan setiap detik, setiap saat, dan setiap hari. Rata-rata kita hanya melaksanakan 5 perkara yang disuruh Allah:
1) Mengucap dua kalimah syahadah
2) Menunaikan solat lima waktu
3) Membayar zakat
4) Berpuasa di bulan Ramadhan
5) Menunaikan haji
Sedangkan ada lagi perkara lain yang sangat perlu dibuat. Sebagai contoh menjaga kedua orang tua kita sampai ke akhir hayat. Patutkan kita membiarkan kedua-dua ibu bapa kita melarat semasa tua??..
Jika Tuhan kamu bertanya."Mengapa kamu mensia-siakan kedua-dua ibu bapa kamu semasa mereka hidup?"
Sanggupkah saudara menjawab, “Tugas saya hanya 5 sahaja Tuhan.”
Selingan lagu Nasyid - Rabbani
Uuuu...
Kenangi Ibu Bapa
Doakanlah Sejahtera
Kita Anak Harus Membela
Apabila Sudah Dewasa
Jangan Biarkan Mereka
Sia-Sia Di Hari Tua
Kecewa Hidup Dan Merana
Kerna Perbuatan Anak Derhaka
Bahgiakan Mereka
Hingga Ke Hujung Usia
Bila Sampai Waktu Ajalnya
Anak Soleh Sebagai Harta
Hai... Ibu Bapa
Kami Permata Anda
Tidak Jemu Berdoa
Agar Sejahtera Terpelihara
Di Dunia Bahagia
Akhirat Pun Begitu Jua
Inilah Harapan Kami Semua
Moga Allah Kabulkan Doa

"Kenapa awak tak siapkan assignment yang saya bagi kat awak ni?"
Pertanyaan aku terhadap anak murid...
"Tak cukup masa..itu ini nak disiapkan...banyak final projek terbengkalai...mcm mana nak siapkan En.Arip punya kerja??"
Entri kali ni aku nak cerita pasal pengurusan masa...adakah sepatutnya masa dipersalahkan apabila assignment tak dapat disiapkan??...
Tepuk dada, tanya hati....
Masa tak pernah rahat...
Masa sentiasa bergerak dan berlalu. Ia tidak pernah rehat dan berhenti. Masa tidak pernah kenal cuti ataupun rehat. Yang rehat..cuti dan penat adalah manusia....Kerana manusia tidak seperti masa. Oleh itu, beringatlah, setiap kali saudara leka dan lalai, masa sering kali 'memerhatikan' saudara kerana ia tidak pernah lalai. berhati-hati lah...supaya saudara tidak dikalahkan oleh masa...
Sumpah Allah S.W.T
Tuhan pernah bersumpah dengan nama masa di dalam Al-quran pada surah al-asr. Pasa surah itu, tuhan menyebut satu prinsip yang paling asas dalam penggunaan masa iaitu setiap orang berada dalam kerugian, kecuali mereka yang melakukan empat perkara ini:
1. beriman dan mempunyai keyakinan teguh
2. berbuat baik sentiasa (mmg kita tak perfect...tp cuba la ke arah itu)
3. Berpesan-pesan atas kebenaran (bukan pesan makanan)
4. berpesan atas kesabaran..(bawak2 la bersabar...ade hikmah yang berlaku)...
Tips mengenai pengurusan masa..!
1. Lihat kembali perkara² yang anda perlu tahu berkenaan masa yang anda miliki.
2. Anda perlu nilai masa yang anda miliki.
3. Ingat!..masa itu umpama emas dan pedang...sangat berharga tetapi jika salah guna boleh menghiris diri sendiri.
4. Buang sikap suka bertangguh dan tergopoh.
5. Bezakan masa bagi diri sendiri dan pasukan.
6. Bangun pada 5 pagi..pasti banyak kerja dapat diselesaikan pada hari itu...
7. perlu tahu mengawal masa.
8. pastikan kerja itu adalah kerja anda...
(** tips dari buku dr fadzilah kamsah)
pertanyaan daripada seorang dari kawan aku....
"owh...autokratik tu salah 1 gaya kepimpinan..."
memandangkan aku ni hanya cikgu disekolah art & design, jadi sesuai sangat aku nak bercakap pasal topik ni....kalau aku bercakap pada sekolah yang menawarkan kursus pengurusan,aku macam bercakap dengan cermin pulak...
jadi, memang sesuai aku bercakap disini..
Gaya kepimpinan mempunyai 3 jenis...
1 - Demokrasi (ni yg biase kita dengar)
2 - Autokratik
3 - Laiszzes - Faire
"Abang, apa itu pemimpin??"
Tanya seorang peserta kepimpinan disebuah sekolah di ibu kota
Aah...asyik sebok menerangkan gaya kepimpinan,sebenarnya ape itu kepimpinan??
Kepimpinan boleh didefinasikan sebagai....:
- Keupayaan mempengaruhi serta meyakini orang lain untuk berusaha kearah sesuatu matlamat.
- Mendapatkan orang lain mengikut sesuatu yang dikehendaki.
- Mempengaruhi ahli kumpulan untuk mencapai cita-cita kumpulan.
ooooOOoo...ini rupanya kepimpinan...
"abes..pemimpin tu ape?"
Pemimpin itu ialah orang yang dapat mempraktikan konsep kepimpinan diatas...simple kan??
kita sambung kembali 3 gaya kepimpinan....
1- Demokrasi
- Ahli diberi kebebasan untuk capai matlamat
- Pemimpin ditukar-tukar ikut keadaan
- Perasaan tidak puas hati boleh diluahkan.
- Ahli matang dan buat keputusan sendiri.
- Pemimpin bukan pembuat keputusan
- Konflik boleh selesai sendiri.
- Hubungan antara pemimpin dan ahli wujud secara hubungan kemanusiaan
- Mengamalkan prinsip hormat menghormati, saling bekerjasama dan bertanggung jawab
- Setiap orang dihormati dan dihargai sebagai manusia bukannya robot
- Ahli berhak beri pandangan
- Bersedia menerima kritikan dan teguran
- Utamakan kepentingan bersama bukan kepentingan individu
- Keputusan berdasarkan perundingan “suara majoroti”
- Bekerja tanpa tekanan
Autokratik
- Pemimpin memberikan arahan dan menentukan cara-cara untuk capai matlamat.
- Anggota lain Cuma ikut arahan.
- Kejayaan Organisasi kejayaan pemimpin
- Guna kuasa rasmi dan ada unsur denda dan paksa.
- Pergantungan ahli kepada pemimpin
- Komunikasi adalah sehala
- Meletakkan kekuasaan di tangannya sendiri
- Bertindak sebagai orang yang paling berkuasa
- Segala kehendaknya tidak boleh dibantah
- Orang lain mesti tunduk kepada kemahuannya
- Tidak membimbing tetapi memerintah
- Keputusan pemimpin dianggap terbaik dan paling betul dan tidak boleh dibantah
- Ahli merupakan alat untuk pemimpin mencapai matlamatnya
- Keputusannya tidak boleh dikritik
- Suka menggunakan paksaan dan ancaman supaya ahli merasa takut
- Hubungan antara pemimpin dan ahli terlalu formal dan tidak selalu baik.
- Halatuju ditentukan oleh ketua.
Laiszzes - Faire
- Ahli dianggap matang & boleh berfikir
- Perbezaan pendapat dihormati
- Dasar ditentukan oleh penyertaan majoriti anggota.
- Pergantungan kepada pemimpin sedikit
- Pemimpin adalah penentu jika berlaku konflik.
- Pemimpin biasanya mempengaruhi untuk mendapat sokongan majoriti.
- Tidak ada pendirian
- Tidak mengambil sikap tertentu terhadap organisasi
- Tidak merancang aktiviti
- Tidak membimbing atau mendorong ahli
- Tidak menentukan arah tuju
- Kedudukannya hanya sebagai simbol
- Pentadbiran kacau bilau
- Ahli bergerak sendiri
Begitulah ciri² kepimpinan yang ada...hah! kita berada dimana???
Pimpinlah organisasi anda mengikut cara anda...gunakan ketiga-tiga gaya kepimpinan mengikut waktu dan tempat yang sesuai....ini kerana semua gaya kepimpinan tersebut boleh diguna pakai..antara kita menggunakannya ditempat yang betul atau pun salah...
Akhir sekali...
SETIAP DARIPADA KAMU ADALAH PEMIMPIN!!
Sabda Nabi Muhamad S.A.W
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
"Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu adalah bertanggung jawab ke atas yang dipimpin. Pelaksanaan amanah dan risalah yang datang daripada Allah. S.w.t kepada hambanya."
Pengarah – terhadap Pekerja²nya.
Lelaki – pemimpin keluarganya
Guru – bertanggung jawab ke atas muridnya.
Ingatan kepada program-program lalu yang pernah saya sertai membuatkan saya semakin berhati-hati apabila disuruh memikirkan modul. Dan memang jika diminta untuk menguruskan sesi muhasabah, memang saya tolak.
Bukan apa, saya sendiri tidak pernah merasa apa-apa setiap kali menghadiri sesi muhasabah. Kadang-kadang modul yang digunakan buat saya rasa jemu, pelik, rasa tidak perlu, tidak penting dan sebagainya.
Dan pernah saya duduk sama berbincang untuk menguruskan satu program. Sewaktu perbincangan tersebut menghala kepada sesi muhabah, terjadi dialog yang memelikkan saya.
“Apa sebenarnya objektif diadakan sesi muhasabah ini?” Soal saya yang sebenarnya mahu menukar sahaja sesi itu kepada perkara lain.
“Supaya timbul kesedaran dalam diri mereka. Nanti balik rumah dapatlah ibu bapa dia merasa tangan dicium, dipeluk.” Balas seorang fasi.
Kemudian perbincangan diteruskan dan saya mendiamkan diri.
“Aku rasa kena tukar la modul yang ini. Macam tak sesuai. Apa kata kita buat ini, ini, ini dan itu, itu, itu.” Kata si fulan 1.
“Hurm. Tapi macam tak buat mereka rasa sedih saja. Aku tak menangis kalau kena modul macam ini.” Kata si fulan 2.
Inilah yang saya pelik. Perlukah buat modul dengan harapan supaya peserta program timbul rasa sedih dan menangis? Adakah kesedaran timbul dengan hanya ada kesedihan atau babak-babak menangis? Kerana inilah yang saya hadapi selama ini.
Tidak pernah saya dapat berfikir dengan tenang kalau dalam keadaan menangis. Jadi, kalau tidak dapat berfikir dengan tenang, bagaimana pula ingin menyelesaikan setiap apa masalah yang saya lakukan.
Bukankah muhasabah itu ertinya menilai setiap apa yang telah kita lakukan? Tidak kiralah kita menilai perkara yang baik atau perkara yang buruk yang kita lakukan. Tidak mungkin kita dapat menilai dengan baik dalam keadaan kita menangis teresak-esak. Takut-takut bercampur dengan emosi yang kacau-bilau.
Andailah kata, kita buat satu modul muhasabah itu tetapi peserta tidak menangis. Janganlah kata dia tiada perasaan sayang atau apa-apa. Mungkin dia lebih matang untuk muhasabah dalam keadaan tenang daripada anda yang muhasabah dalam keadaan menangis teresak-esak.
Menangis adalah proses menyesali akan perbuatan yang dilakukan. Muhasabah pula adalah proses supaya si dia menyedari dan menginsafi akan perbuatan yang dilakukan.
Muhasabah dengan cara perkongsian cerita.
Saya bukanlah anti kepada sesi muhasabah yang sayu pilu, Cuma saya pernah juga melalui sesi muhasabah dengan mencatit ape sahaja kesalahan kemudian dikenang semula kesalahan…lalu berfikir dengan baik bagaimana hendak mengatasi masalah yang saya telah lakukan….
Setakat ini hanya dua sesi muhasabah sayu pilu yang berjaya buat saya sedar dan berfikir kesilapan lalu. Satunya pernah saya ceritakan dalam entri ’Zero to Hero’ yang kami duduk dalam satu kumpulan kecil dan menceritakan sesuatu perkara yang tidak pernah diceritakan kepada orang lain.
Setiap seorang menceritakan masalah, kesilapan yang pernah dia buat dan bagaimana dia mengatasi, apa yang dia mahukan dan lain-lain lagi. Sementara yang lain duduk mendengar dan ada masanya mencelah memberi pandangan. Habis satu cerita, orang lain dalam kumpulan tersebut akan memberi pandangan, idea atau saranan yang baik kepadanya.
Sesi kedua pula yang saya hadiri sebagai fasilitator. Ada dua orang fasilitator di hadapan menceritakan tentang dirinya dengan ibu bapanya. Apa kesilapan yang pernah dilakukannya dan bagaimana ibu bapa dia sayangkannya. Walaupun ada kalanya dia dimarahi kerana perkara yang dia tidak rasa salah pun.
Kadang-kadang mendengar cerita orang lain lebih membuatkan kita sedar betapa berharganya hidup kita daripada modul kapal layar karam di tengah laut dan sebagainya.
Kalau kita melihat dan membaca buku-buku motivasi pun, kebanyakannya dipenuhi dengan cerita-cerita. Dan buku ‘La Tahdzan’ yang menjadi sebutan ramai juga penuh dengan cerita.
Perkara yang perlu diberi perhatian
Dialog di awal entri saya itu bukan direka-reka. Memang betul-betul dikatakan kepada saya. Kerana itu saya mohon kepada mana-mana fasilitator yang ingin membuat modul muhasabah ini supaya menjaga setiap kata-kata anda.
Kadang-kadang dengan hanya melihat orang menangis pun, emosi kita boleh terganggu. Mungkin itu yang menyebabkan fasilitator tersebut tersilap sebut, terlepas cakap dan sebagainya.
Pernah saya pergi ke rumah anak yatim untuk majlis berbuka puasa dan salah seorang anak yatim tersebut menceritakan sesuatu kepada saya. Ada ceritanya di post http://arifeliza.blogspot.com/2010/07/berfikir-sebelum-hendak-berkata.html
“Dulu pernah ada kumpulan pelajar universiti buat program di sini. Ada seorang kakak tu kononnya nak buat sesi muhasabah biar orang menangis. Tapi banyak benda yang dia terlepas cakap.”
“Terlepas cakap macam mana?” Soal saya.
“Ada ke dia kata ‘Apa kamu tak sayang ibu bapa kamu yang dah meninggal ke?’, ‘Mak bapak kamu dah mati, tetapi kamu tak sedar diri!’.”
Inilah yang ditakuti berlaku jika modul muhasabah itu tidak dirancang betul-betul. Ada perkara yang kita boleh kita sebut dan tidak boleh kita sebut. Ada perkara yang perlu berhati-hati untuk menyebutnya.
Walaupun program tersebut bukan untuk anak yatim, kemungkinan untuk ada salah seorang daripada peserta itu adalah anak yatim perlu difikirkan. Kalau pun memang tiada langsung, tetapi ada juga peserta yang memang telah melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh untuk ibu bapanya, cumanya dia tidak menangis.
Kalau betul-betul mahu buat sesi muhasabah sayu pilu, setiap perkataan perlu dijaga sebelum menyebutnya. Dan ingat kembali objektifnya adalah untuk memberi kesedaran bukannya supaya mereka yang mendengar itu akan menangis.
“Kamu ke yang sorokkan buku Chan?” Jari telunjuk guru tersebut tepat mengarah ke muka saya.
Sebetulnya saya dituduh menyorokkan buku tulis Chan, rakan sekelas saya. Pada waktu itu, guru tersebut meminta semua pelajar menyerahkan kerja rumah masing-masing.
Dan saya yang memang terkenal dengan sikap malas buat kerja rumah tersebut dituduh menyorokkan buku Chan. Sedangkan pada ketika itu, sayalah yang menemukan buku tulis Chan.
Saya terus dituduh supaya mengaku. Semua mata memandang tepat ke arah saya. Dan akhirnya saya yang pada ketika itu hanya berumur 10 tahun menangis. Siapa yang sanggup dirinya dituduh?
Terus guru tersebut cuba memujuk tetapi masih lagi dengan nada menyindir berkata kepada saya, ”Kalau betul bukan kamu yang sembunyikan buku tulis Chan, saya cabar kamu dapat nombor 1 dalam kelas!”
Matlamat umpama visi yang harus dicapai segera
Sesiapa yang sekelas dengan saya memang akan mengatakan cabaran itu sesuatu yang tidak logik kerana sebelum itu saya mendapat nombor dua dari belakang dalam kelas untuk peperiksaan pertengahan tahun. Sedangkan Chan pula mendapat nombor satu.
Petang itu terus saya pulang ke rumah dan menulis sesuatu di atas kertas.
‘Aku akan kalahkan Chan dalam peperiksaan akhir tahun!’
Dan kertas tersebut dibiarkan sahaja di atas meja tulis saya. Hendak kata saya berubah menjadi pelajar yang rajin selepas itu, tidak pula. Saya masih lagi terus tidak buat kerja rumah. Tetapi penumpuan saya terhadap pelajaran dalam kelas lebih fokus berbanding sebelumnya.
Hasilnya, saya mendapat nombor tiga dalam kelas. Sedikit lagi untuk mengalahkan Chan. Tapi, emak dan abah saya pun terkejut. Dihadiakan saya Jam tangan digital (kira mahal dah masa tu..smpai skarang masih ada..tp tak hidup dah...hmm)
Akan tetapi, masuk sahaja tingkatan empat, perbuatan suka menulis matlamat sendiri dan menampal di dinding sudah saya anggap sebagai amalan budak-budak.
“Ala, budak kecik saja buat.”
Cuma beberapa ketika ini saya menyedarinya pentingnya menulis matlamat. Saya cuba membandingkannya dengan ketika saya hanya berangan-angan ingin buat itu ini tetapi tidak menyenaraikannya, apa lagi untuk menulisnya. Dan kebanyakannya tidak dapat dicapai.
Jadi..senaraikan matlamat anda...tampal dimana tempat yang anda selalu lihat...cuba!
I BELIEVE I CAN FLY!..I CAN DO IT!!





