aku dah dpt puncanya!!!

Posted by ariffudin On Tuesday, May 25, 2010 1 comments


Tempat: Institut Latihan & Kecermelangan MARA Jawi(ILKM)

Kursus: Training of Trainers for entrepreneur

Aktiviti: XY Games

Tarikh: 25/5/2010


Apabila diberitahu petang itu slot simulasi xy games...aku pon mencongak apa itu xy games?....dah nama pon simulasi...dalam fikiran aku..nak uji tahap sejauh mana kita hendak mengambil risiko...adakah memilih jalan selamat?atau berani mengambil risiko....

Kemudian datang senior yang penah hadiri kursus ini menyatakan dari awal...jangan tick Y...tick X shj....utk pilih jalan selamat...

Dalam permainan ini kami dibahagi 4 kumpulan....(payah la nak terang mcm mane nk main benda ni...klau nak main...invite aku jadi speaker...promote ni..)

tapi..ape yg aku nak kongsikan ialah:

1- Kemahiran mengambil risiko
2- Semangat setia kawan
3- Kepercayaan antara 1 dengan yang lain
4- jangan mengkhianati orang lain
5- Sifat tamak memang dilaknat tuhan

kini aku sudah mendapat jawapan...mengapa ada org melayu amat sukar hendak berjaya dalam perniagaan....tetapi kalau kaya,kaya sungguh...
ini kerana:

1-tiada sifat setiakawan
2-mengkianati antara 1 sama lain(cantas mencantas)
3-sifat tamak utk kaya dan hendak cepat kaya
4-usahawan melayu bnyk nye x dari y, klau sume pilih Y...sume akan untung bersama....kenapa pilih x yang penuh dgn cantas mencantas...kaya terus kaya n miskin terus miskin..

kenapa semua orang melayu tak pilih y?kita kaya sama2...apa salahnya?...kan..kan..kan...

mengapa kita sudah tahu bersatu itu baik utk bangsa melayu,tp masih ada sifat2 tersebut...

akhir kata untuk hari ini.....ingatlah orang melayu....bangsa lain akan biarkan org melayu kaya....kaya lah...kaya.....tp mereka tidak akn benarkan orang2 melayu bersatu....

renung2kan....ape yang patut kita lakukan sekarang???....selamat beramal....



Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Petikan dari Portal Rasmi hari Guru.

16 Mei merupakan tarikh yang telah ditetapkan untuk Hari Guru. Teringat aku semasa di sekolah dulu, sambutan hari guru memang meriah. Sambutan setiap tahun. Ditambah dengan program guru bersama pelajar dalam pelbagai acara. Antara yang menarik minat aku adalah dalam permainan bola sepak. Bayangkan guru-guru yang jarang bermain bola di ajak oleh anak murid, dengan keadaan guru pula perut masing-masing ke depan. hehe. Guru lelaki lah. Gelagat guru dapat kita lihat ketika ini, walaupun garang ketika mengajar, tetapi lemah lembut dalam menyemai ukhwah sesama pelajar. Seronok!

Ketika di sekolah rendah, aku sebagai seorang murid biasa, telah diberi kejutan semasa perhimpunan supaya mendapatkan sebatang pen yang telah ditulis dengan nama guru. Jadi, carilah guru tersebut dan sampaikan pen sebagai hadiah hari guru. Kebetulan ramai guru baru, aku juga masih belum kenal semuanya. Perasaan gementar menyelubungi . Dalam hati, memohon doa kepada Allah, “Ya Allah.. berilah aku dengan nama guru yang aku kenal.” murid dijemput ke depan, diberi 1 pen seorang. Fuh! leganya hati, nama tercatit merupakan guru yang menjadi idola, guru kesayangan dan aku kenal sangat. Mulalah misi mencari guru tersebut. Setelah menjumpai, pen diberi, ucapan Selamat Hari Guru disampaikan. Dibalas dengan terima kasih, senyuman manis dan ucapan semoga berjaya dan menjadi pelajar cemerlang.

Aku masih ingat dan rindukan guru-guru. Walaupun tidak dapat menghubungi semua mereka. Aku harapkan doa daripada mereka supaya aku menjadi seorang insan yang cemerlang dan berguna.

Disini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari GURU!! kepada semua guru2 ku secara langsung ataupun tidak....SRK (L) Jalan Pasar 2 , SMK Saint Gabriel , SMK Jalan Cochrane , Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLiUC) dan lain2 lagi....terima kasih tak terhingga..!!

Thank You Very Much

AKU BUKAN GAGAL...CUMA AKU BELUM BERJAYA

Posted by ariffudin On Wednesday, May 12, 2010 0 comments


‘When you lose, don’t lose the lesson’. Maksudnya bila anda gagal, jangan lupakan pelajarannya. Setiap yang kita buat adalah pelajaran. Mungkin bukan hasil apa yang kita nak, tapi apa sahaja yang terjadi, anda akan belajar dari kesilapan dan tugas anda adalah tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Sebagai contoh, dalam satu temuduga dengan Bill Gates ‘What type of people you would like to employ?. Bill Gates jawab ‘I would employ a person, who have failed before, the reason I want to employ is because I don’t want him to fail in my company, so he must fail in other people’s first!

Boleh katakan sekiranya seseorang itu diberi peluang ke dua, kesetiaan dan tenaga akan bertambah. Memang betul, daripada pengalaman saya, sesiapa yang pernah gagal, akan menjadi lebih baik kemudian. Tiada sebarang inovasi akan terjadi sekiranya seseorang itu takut gagal!

TIPS UNTUK FINAL EXAM DUK 4012

Posted by ariffudin On Sunday, May 9, 2010 0 comments



sila hadirkan diri ke kelas terakhir DUK4012 untuk mendapatkan tips untuk final exam...
butiran nya adalah berikut:

Hari : Rabu
Jam: 8.30 mlm - 10.30mlm
Tempat : Dewan Teater
Tarikh: 12 May 2010



SELAMA MENEMPUH PEPERIKSAAN AKHIR!!


CHAYOK MADS!!!

Menjana wang bersama NEWMEDIA CONSULTING secara e-commerce

Posted by ariffudin On Thursday, May 6, 2010 2 comments

New Media Consulting Sdn Bhd adalah sebuah syarikat 100% bumiputra yang menjalankan perniagaan berasaskan teknologi internet. Kami merupakan jururunding untuk persatuan, agensi kerajaan dan syarikat swasta untuk memaksimakan penggunaan 'media baru'.

Hubungi mereka di:

2-2, Villa Shoplex, Pudu Impian III, Jalan 1/92B, Off Jalan Pudu Ulu, Cheras Kuala Lumpur, Malaysia, 56100

http://www.facebook.com/newmediamy



MULA MENJANA PENDAPATAN INTERNET ANDA!!!







KHAS UNTUK PELAJAR CEMERLANG!

Posted by ariffudin On Wednesday, May 5, 2010 0 comments

KEMAHIRAN MENCATAT NOTA

Kemahiran mencatat nota yang berkesan perlu asa kemahiran-kemahiran berikut:

1. Kemahiran MENDENGAR
• Digunakan semasa proses pembelajaran
• Boleh dilakukan serentak
• Kefahaman dan pengetahuan boleh ditingkatkan.

2. Kemahiran MEMBACA LAJU.
• Digunakan semasa menyalin nota daripada buku.
• Menjimatkan masa menceduk idea-idea utama.
• Bahan-bahan dapat disusun dengan teratur.

3. Kemahiran MENULIS
• Tulisan perlu jelas kerana jika tidak hanya membuat kerja sia-sis sahaja.
• Mampu menulis dengan cepat dan kemas.
• Tahu menulis menggunakan huruf singkatan boleh melipatgandakan usaha kamu.


4. Catatkan KATA KUNCI sahaja.
• Memilih isi-isi penting sahaja.
• Dapatkan rumusan yang boleh mengukuhkan kefahaman kamu.
• Pastikan penggunaan kata kunci yang dipilih boleh difahami.

5. NOTA RINGKAS dan padat
• Nota yang dibuat mesti kamu fahami sendiri
• Nota yang ringkas danpadat boleh menyegarkan ingatan kamu
• Nota yang dibuat mestilah nota yang boleh meningkatkan tahap ingatan kamu.

6. Gunakan PERKATAAN sendiri
• Cara ini menambahkan lagi daya ingatan atau penghafalan kamu.
• Hal ini kerana nota kamu adalah hak kamu.
• Hanya kamu yang faham apa yang kamu tulis.

7. Faham setiap KATA KUNCI
• Jangan menggunakan kata kunci yang mengelirukan kamu.
• Masa akan terbuang dan usaha kamu adalah sia-sia sahaja jika nota yang dibuat tidak difahami.


Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau telah menjenamakan semula namanya kepada MARA Art and Design School. Ini bertepatan dengan kursus yang ditawarkan oleh KKTM Rembau iaitu kursus berasaskan art and design.

Jika berminat untuk melanjutkan pelajaran boleh berhubung dengan pegawai di Bahagian Pendidikan dan Latihan (Kemahiran) MARA Kuala Lumpur.


Kursus-kursus yang ditawarkan:

- Diploma in Media Digital Design
- Diploma in Fashion Design
- Diploma in Furniture Design
- Diploma in Interior Design
- Diploma in Film with Animation



mads..!


1Malaysia is an on-going campaign announced by Malaysian Prime Minister Dato Seri Najib Tun Razak on September 16, 2008, calling for the cabinet, government agencies, and civil servants to more strongly emphasize ethnic harmony, national unity, and efficient governance.

1Malaysia strongly emphasizes national unity, ethnic tolerance, and government efficiency. The eight values of 1Malaysia as articulated by Najib Razak are perseverance, a culture of excellence, acceptance, loyalty, education, humility, integrity, and meritocracy.

1Malaysia.com.my has been created in order to facilitate the 1Malaysia campaign by providing a platform for public dialogue that Prime Minister Razak claims will promote Malaysian unity, religious and ethnic tolerance, as well as a deeper appreciation of Malaysia’s cultural diversity. 1Malaysia is also making extensive use of social media tools such as Facebook and Twitter.

Prime Minister Najib's Budget 2010 includes funding for 50 medical clinics to provide basic medical services for illnesses and injuries such as fever, cough, colds, wounds and cuts, diabetes, and hypertension. Malaysia citizens are charged RM1 for treatment and medication. Non-citizens are charged RM15.





Pensyarah-pensyarah IKM dan KKTM sedang mendengar ceramah daripada En. Khir Ariffin