Apa matlamat hidup anda??!!

Posted by ariffudin On Monday, July 12, 2010 2 comments


“Kamu ke yang sorokkan buku Chan?” Jari telunjuk guru tersebut tepat mengarah ke muka saya.

Sebetulnya saya dituduh menyorokkan buku tulis Chan, rakan sekelas saya. Pada waktu itu, guru tersebut meminta semua pelajar menyerahkan kerja rumah masing-masing.

Dan saya yang memang terkenal dengan sikap malas buat kerja rumah tersebut dituduh menyorokkan buku Chan. Sedangkan pada ketika itu, sayalah yang menemukan buku tulis Chan.

Saya terus dituduh supaya mengaku. Semua mata memandang tepat ke arah saya. Dan akhirnya saya yang pada ketika itu hanya berumur 10 tahun menangis. Siapa yang sanggup dirinya dituduh?

Terus guru tersebut cuba memujuk tetapi masih lagi dengan nada menyindir berkata kepada saya, ”Kalau betul bukan kamu yang sembunyikan buku tulis Chan, saya cabar kamu dapat nombor 1 dalam kelas!”

Matlamat umpama visi yang harus dicapai segera

Sesiapa yang sekelas dengan saya memang akan mengatakan cabaran itu sesuatu yang tidak logik kerana sebelum itu saya mendapat nombor dua dari belakang dalam kelas untuk peperiksaan pertengahan tahun. Sedangkan Chan pula mendapat nombor satu.

Petang itu terus saya pulang ke rumah dan menulis sesuatu di atas kertas.

‘Aku akan kalahkan Chan dalam peperiksaan akhir tahun!’

Dan kertas tersebut dibiarkan sahaja di atas meja tulis saya. Hendak kata saya berubah menjadi pelajar yang rajin selepas itu, tidak pula. Saya masih lagi terus tidak buat kerja rumah. Tetapi penumpuan saya terhadap pelajaran dalam kelas lebih fokus berbanding sebelumnya.

Hasilnya, saya mendapat nombor tiga dalam kelas. Sedikit lagi untuk mengalahkan Chan. Tapi, emak dan abah saya pun terkejut. Dihadiakan saya Jam tangan digital (kira mahal dah masa tu..smpai skarang masih ada..tp tak hidup dah...hmm)

Akan tetapi, masuk sahaja tingkatan empat, perbuatan suka menulis matlamat sendiri dan menampal di dinding sudah saya anggap sebagai amalan budak-budak.

“Ala, budak kecik saja buat.”

Cuma beberapa ketika ini saya menyedarinya pentingnya menulis matlamat. Saya cuba membandingkannya dengan ketika saya hanya berangan-angan ingin buat itu ini tetapi tidak menyenaraikannya, apa lagi untuk menulisnya. Dan kebanyakannya tidak dapat dicapai.

Jadi..senaraikan matlamat anda...tampal dimana tempat yang anda selalu lihat...cuba!



I BELIEVE I CAN FLY!..I CAN DO IT!!

2 comments:

Roslin said...

i'm sure you feel like flying now?

ariffudin said...

hahahaha...i do..

Post a Comment