Berfikir Sebelum Hendak Berkata²

Posted by ariffudin On Monday, July 12, 2010 0 comments


hmmm...dah lame rasenye aku tidak update blog ni...biasa lah manusia...alasan tak cukup masa...hak..hak..hak...
kini aku diberi kesempatan juga oleh pencipta ku....
bukan ape...nak berkongsi sesuatu..


Kali ni mengisahkan berfikir sebelum hendak berkata²....

Susun dahulu kata-kata

“Bang, malam ni abang naik pentas tak?” Soal seorang adik kecil yang senang dirinya dipanggil Adeeb. Kira-kira umurnya dalam 8 tahun.

“Buat apa abang nak naik pentas?” Soal saya kehairanan mendengar soalan daripadanya.

“Yela. Malam ni kan ada abang-abang ni buat persembahan.”

“Ish. Suara abang tak sedap. Abang-abang lain tu sedap suara dia, sebab tu la dapat naik pentas.” Saya cuba memberikan jawapan yang terbaik.

“Ye ke? Ke abang takut naik pentas?”

Sampai ke situ pula dia bertanya. Saya termenung sebentar memikirkan jawapan apa yang harus diberi. Dan dengan penuh berhati-hati memilih jawapan, “Kalau abang naik pentas buat persembahan, adeeb nak naik sekali tak?”

Dia menggeleng-gelengkan kepala. Hehe. Berjaya juga saya menutup mulutnya daripada bertanya. Sebenarnya banyak perkara saya belajar pada malam semalam.

Ada seorang remaja lelaki dalam kumpulan saya yang berasa tidak senang dengan penganjuran program semalam. Umurnya dalam 16 tahun.

Pada mulanya saya berfikir mungkin kerana dalam kumpulan saya itu tiada peserta lain yang sebaya dengannya. Jadi, mungkin itu yang menyebabkannya sedikit ‘malas’ untuk berada dalam kumpulan saya.

Rupanya tidak. Ada sesuatu yang bermain di benaknya. Seusai solat Asar pada petang itu ada majlis tadarus Al-Quran.

Lalu saya nampak dia sedang mencari-cari kumpulan. Saya mendekatinya lalu berkata, “Kalau nak masuk kumpulan kawan-kawan awak boleh je."

Dia melemparkan sedikit senyum dan terus duduk dengan kawan-kawan sebayanya.

Pada malam kejadian

Pada malam selepas solat Maghrib barulah dia berani membuka mulut menceritakan tentang ketidakpuasan hatinya bila ada orang luar datang buat program.

“Abang tahu, dulu ada satu kumpulan dari universiti mana entah datang sini buat program motivasi. Tetapi ada satu modul tu buat kami marah sangat dengan mereka.”

“Uish. Modul apa tu?” Soal saya cuba membuatkan dia terus bercerita.

“Ada seorang kakak tu, dia suruh semua orang tulis harapan masing-masing kat kertas kosong. Kemudian dia suruh peronyotkan kertas tu dan campak kat mana-mana. Kami pun buatlah apa yang disuruh. Ada kertas yang tercampak kena kat dia.”

“Kemudian apa terjadi?” Saya mula bersungguh ingin tahu ceritanya.

“Tiba-tiba dia melenting marah. Habis keluar semua kata-kata kesat. Ada dia cakap, ‘Mak bapak kamu tak ajar ke dulu….bla..bla….harapan dibuang-buang…bla…bla…’. Kami pun naik marah la.”

Hurm. Terkedu saya mendengar ceritanya. Jiwa setiap manusia lain-lain. Ada yang kalau kita marah, dia boleh terima. Ada yang kalau kita marah, dia akan pendam dalam-dalam. Ada kalau kita marah, dia akan melenting pula.

Lebih-lebih lagi anak yatim. Saya tahu ada diantara beberapa orang membuat modul tersebut dan menghuraikan resolusinya dengan nada marah-marah. Tetapi mestilah bijak memilih kata.

Cuma saya lebih suka kalau buat dalam suasana yang tenang. Marah, marah juga. Tetapi bukan marah-marah. Lain bezanya antara marah-marah dengan marah.

Samalah juga dengan main-main dan main. Apabila menjadi kata ganda ia membawa maksud tindakan yang secara terburu-buru, gelojoh atau secara suka-suka.

Jadi kalau ingin marah, fikir terlebih dahulu apa yang patut dibuat supaya perbuatan tersebut tidak ditakrifkan sebagai marah-marah.

Saya selalu berfikir kalau saya marah seseorang, apa yang dia rasa kepada saya? Perkara inilah yang membuatkan orang kata kepada saya, “Kau ini patut kenalah ada sifat marah itu. Ini aku buat apa saja, bukannya kau hendak marah. Bosan betul.”

Saya teringat kata-kata ustazah saya sewaktu saya di sekolah rendah dahulu, “Ada dua peringkat sebelum kamu semua rasa marah. Pertama sabar, kedua memberi amaran dan kali ketiga kalau dia buat perkara yang sama barulah kamu boleh marah.”

Saya sentiasa teringat kata-kata ini, “Kalau dia buat perkara yang sama, barulah kamu boleh marah.” Dan setiap kali saya rasa hendak marah seseorang, saya pasti teringat tentang perkara ini.

Cuma dalam penulisan baru saya sedar saya kadang-kadang terlupa dan terlepas marah seperti yang berlaku dalam entri ‘PRK: Siapa Betul?” Nasib baik seorang kawan membetulkan ada bahagian yang perlu diubah.

Harapan

Perkara yang berlaku kepada anak-anak yatim ini saya pinta jadilah pengajaran bagi sesiapa yang ingin membuat program di rumah-rumah anak yatim.

Mereka menunggu-nunggu kehadiran anda dengan penuh gembira. Jadi, berilah mereka sesuatu yang membuatkan mereka lebih gembira.

Kadang-kadang kita memang akan rasa hendak marah bila melihat mereka buat seperti tidak mahu join sahaja apa yang kita lakukan, tetapi tenangkan fikiran. Mungkin ada sesuatu yang menyebabkan mereka jadi begitu.

Hendak berdakwah dan mengajak ke arah kebaikan bukan satu perkara yang senang.




~P.E.A.C.E~



0 comments:

Post a Comment