Tidur untuk CEMERLANG??

Posted by ariffudin On Tuesday, July 20, 2010 1 comments


"Danial, kenapa muka macam tiada perasaan?"
Tanaya aku kepada seorang pelajar....

"Penat la sir..kami tak tidur langsung kerana hendak menyiapkan tugasan.."

Memandangkan kelas aku jam 8pagi maka,terkeluarlah ayat begini....
"tak tidur langsung??..macam ni pon awak boleh hidup lagi ke?"

Ini ialah potongan perbualan semasa aku dalam kelas...Entri kali ni,aku nak cerita pasal tidur boleh membuatkan kita cemerlang..(tapi bukan tido dalam kelas..)hehehe...

ANTARA idea paling bodoh di atas muka bumi ini ialah tidur lewat (lagi bodoh kalau tak tidur)kononnya untuk membereskan kerja atau bagi membolehkan lebih banyak urusan dapat diselesaikan.


Apa tidaknya… dengan tidur lewat anda sebenarnya sedang menempa banyak penyakit. Dengan tidur lewat anda seolah-olah sedang ‘mendera diri’ anda sendiri. Badan fizikal dan mental anda tidak diizinkan mendapat kerehatan sewajarnya.

TIDUR LEWAT... Anda sebenarnya sedang mendera diri anda dengan tidur lewat.
Dengan tidur lewat juga menyebabkan anda mungkin bangun lewat dan tertinggal sembahyang Subuh. Bangun lewat bermakna anda terlepas waktu berkat memulakan mencari rezeki pada awal pagi. Jika pun anda mampu bangun awal, badan fizikal dan mental anda sebenarnya sedang keletihan.


Badan yang letih akibat tidak cukup tidur menyebabkan anda tidak produktif serta ‘kering idea’ sepanjang hari serta tidak mampu berfikir dengan lancar, tenang serta cergas.
Lebih tidak bijak ialah apabila anda terpaksa tidur pada siang hari disebabkan keletihan dan tidak cukup tidur kerana tidur lewat pada sebelah malam atau awal pagi.
Dengan tidur lewat juga anda mungkin tidak mampu bangun pada dua pertiga malam untuk melakukan ibadat malam (qiamulail). Ini satu kerugian bagi mereka yang memahami hakikatnya.


Adakah anda sudah cukup tidur?

Tidur adalah rehat yang paling penting. Ia adalah satu fenomena yang diciptakan oleh tuhan supaya badan dapat dicas semula dengan tenaga. Badan umpama telefon bimbit, semakin kerap menggunakannya,semakin kerap ianya perlu dicas.

Kenapa mesti tidur?

Kekurangan tidur menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan bagi memanfaatkan karborhidrat didalam badan dan mewujudkan keadaan yang seakan-akan penyakit KENCING MANIS!!

Sekiranya berlaku, badan anda akan merasa lemah dan tidak bermaya..Sanggupkah anda membiarkan hidup anda menjadi begini semata-mata tidak tidur??..

Perkongsian Cerita

Ape yang ditakutkan di INDIA??
Semasa menjadi duta Amerika Syarikat di India pada tahun 60-an, John Genneth Galbraith sangat resah apabila berlaku konflik antara China dan India sehingga hampir-hampir mencetuskan peperangan...Namun ada seperkara lagi yang meresahkan beliau ialah para diplomat dan tenteranya membuat keputusan tanpa cukup tidur..


"Ia keputusan yang menakutkan", Kata Galbraith




Bayangkan jika anda tidak cukup tidur...Bolehkah anda membuat keputusan yang baik???....





Cerita kedua amat dekat dengan kita...mengenai sifat Tun Dr. Mahathir Mohamad



Pernah suatu ketika dahulu beliau ditemuramah oleh pemberita tempatan..


"Apakah Rahsia Dato' Seri (pada ketika itu) bekerja dengan penuh efisyen, bersemangat, energetic dan tidak kelihatan penat?"


Tanya pemberita tersebut...



Beliau menjawab...


"Anda perlu mengambil rehat yang cukup...pada waktu tengah hari, saya akan tidur sebentar selama 10-20 minit sebelum saya memulakan kerja-kerja saya semula...ini terbukti berkesan kerana tenaga saya kembali dicas...selain daripada itu ini ialah amalan Nabi Muhammad S.A.W....tak siapa perlu menyangkal lagi"




Selain daripada itu beliau juga mampu untuk bertugas diluar negara sebaik sahaja turun daripada kapal terbang setiap kali melakukan lawatan rasmi...Apakah rahsianya??



Beliau akan tidur di dalam pesawat Perdana Menteri sehingga berbelas jam perjalanan sebelum turun dan memulakan tugas!..hebat bukan?..



AKHIR KATA......





"TIDUR LAH...JIKA TIDAK,PRESTASI ANDA AKAN TERJEJAS!!"




d











1 comments:

Shah deFantasy said...

sy x tido bila terlampau terdesak utk mnyiapkan keje.
Yup, sy tahu bhawa x tido ni hanya menyeksakan diri & sy juga sedar bhwa ianya salah sy sndiri sbb x dpt siapkan keje tersebut scepat mungkin.

Sy anggap x tido ni mrupakan denda utk sy krana x dpt siapkan keje tu.
Kdang2, 'x makan' juga mrupakan denda utk sy.
Bila dh kne denda, bru la kita sedar akan ksilapan kita ni.
Tp yg klakarnye, kita sedar yg kita dh buat salah. Tp kita tetap ulangi juga ksalahan yg sama. Ahahaha

Alangkah bagusnye kalau sy dpt bg denda kat diri sndiri bila x dpt ikut printah Allah..
Sy akan cuba sdaya upaya utk brubah. ;D
InsyaAllah..

-from defantasy-

Post a Comment